TANJUNG SEDILI, 18 Mei 2017 Sempena lawatan kerja Menteri Besar ke Parlimen Kota Tinggi, Tanjung Sedili telah di pilih menjadi distinasi pilihan untuk di lawati oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Daerah itu yang terletak di utara ibu negeri itu boleh menjadi bandar satelit, sama seperti Pekan Nenas, Pontian dan Tanjung Piai di barat bandar raya terbabit. “Ini kerana jarak perjalanan antara Kota Tinggi dan Johor Bahru mengambil tempoh masa 40 minit hingga sejam sahaja, selain mempunyai ramai penduduk di sebelah timur iaitu Pengerang. “Oleh itu, kita boleh rangka Kota Tinggi menjadi bandar satelit, sama seperti yang mengelilingi Washington, New York dan New Jersey,” katanya. Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah FELCRA Sedili Besar 3 sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Kota Tinggi, hari ini. Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, jika Kerajaan Negeri tidak melakukan apa-apa untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Kota Tinggi yang rata-ratanya terdiri daripada nelayan dan petani, akhirnya akan menyaksikan satu jurang besar antara daerah itu dengan kawasan lain. “Jadi, pendekatan Kerajaan Negeri ialah mahu keadaan ini tidak berterusan. Berkemungkinan mulai tahun depan, kita akan rapatkan jurang ini khususnya infrastruktur di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled memaklumkan sudah meminta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk membangunkan kegiatan dan aktiviti pelancong yang boleh disertai oleh masyarat di Kota Tinggi. “Oleh itu, KEJORA mesti proaktif dan Kota Tinggi akan ketinggalan jika tidak berbuat demikian,” katanya. Ditanya sama ada cadangan bandar satelit akan menjadikan harga hartanah di Kota Tinggi semakin mahal, beliau berkata, ia tidak betul kerana tidak semestinya semua yang ada di Iskandar Malaysia akan dibuat di Kota Tinggi apabila mahu mewujudkan pembangunan inklusif dan seimbang. petikan dari jauhar.my
Komando Malam
-
*KOMANDO MALAM*
*Siang kami bertugas.... malam kami curahkan bakti untuk kampung
tercinta...*
*Biarpun setitik keringat kami titiskan, tanggungjawab untuk ...
Desa Lestari 2017
-
Alhamdulillah,
Selesai Temuduga Desa Lestari 2017,
Tahniah kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa yang banyak membantu bagi
membuat persiapan.
Semoga Kamp...
Birthday Invitations Templates
-
Birthday Invitations Templates
Birthday Invitation Card, Throwing a birthday event for your kid could feel
like a huge bargain, but with Evite's collection ...
Notis Tender / Sebut Harga 2018 (2)
-
(Maklumat ini hanya tertera dalam Bahasa Melayu sahaja)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Mala...
Temuduga Program Desa Lestari Abad Ke-21
-
Tarikh: 8/12/2015
Tempat: Nusajaya
Sesi temuduga dan penilaian bagi pelaksanaan Program Desa Lestari-Desa Abad
ke-21 untuk tahun 2016. Alhamdulillah berjal...
JKKK KAWASAN 1 OPTIMIS * * * * * *
-
MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN
PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 - Hari ini dalam sejarah Majlis Penilaian *ANUGERAH
DESA ...
LAWATAN KE ECER MERSING
-
Pengurus GIATMARA Kota Tinggi menyampaikan cenderahati kepada Pengurus
Pusat Jahitan
Mencuba menggunakan alat pemotong kain industri
Demontrasi cara mengg...
No comments:
Post a Comment