Adbox

Search This Blog

Tuesday, March 2, 2010

Sejarah kampung


Ada pelbagai pendapat mengenai sejarah kampung Tanjung Sedili, ini adalah diantaranya...



(Pendapat Pertama)

Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1973 adalah bersempena nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal daripada Siam. Pada masa yang sama seorang Cina bernama Pongsai menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi ‘Tak tengok Deli ke?’ dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.

Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor. Disebabkan keuzuran beliau kemudiannya digantikan dengan Penghulu Md. Lazim bin Md. Akhir.


(Pendapat Kedua)
Mengikut pendapat yang kedua pula.asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik beradik yag berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil telah berpindah ke Sedili Kechil. Maka disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kechil.

Mengikut cerita orang-orang tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka.Mereka menetap di bahagian tanjung dan mula menjalankan aktiviti penternakan lembu di samping menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu.

Ketua kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd.Salleh bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim bin Omar.Selepas tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa bin Abdullah mulai tahun 80an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya.

Pada tahun 1997, pucuk pimpinan Tanjung Sedili telah digantikan dengan Ketua kampung yang ke-empat iaitu Tuan.Ibrahim bin Yahya dan beliau adalah anak jati Tanjung Sedili yang pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti selepas bertahun-tahun berada dalam Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah sekarang.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

SENARAI BLOG

AKTIVITI JKKK TANJUNG SEDILI

JKKK TANJUNG SEDILI. Powered by Blogger.

Subscribe

E-USAHAWAN

https://www.mdec.my/eusahawan/eusahawan.html

Flickr