Adbox

Search This Blog

Wednesday, June 21, 2017

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2017M/1438H


PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar Walillahilhamdu,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah rahmat dan kurniaan-Nya kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijriah bersamaan dengan tahun 2017 ini dalam suasana aman dan sejahtera. InsyaAllah.
Bersempena dengan hari yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat khasnya kepada semua penduduk Tanjung Sedili dan kampung rangkaian serta seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Aidilfitri yang kita rayakan pada hari ini merupakan tanda kemenangan umat Islam setelah berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan dengan menahan diri daripada makan dan minum serta mentarbiahkan diri dengan mengerjakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan demi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Justeru, sambutan Hari Raya Aidilfitri membawa kepada pengertian kebersihan jiwa dan kesucian hati serta kesegaran tubuh dan minda. Dengan memiliki jiwa dan hati yang suci bersih, umat Islam dapat berkumpul beramai-ramai sambil menghulurkan tangan sebagai tanda bermaaf-maafan antara satu sama lain dalam suasana harmoni dan persaudaraan.

Sesuai dengan kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, marilah kita merayakan hari yang mulia ini dengan semangat muhibah dan persaudaraan. Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, Hari Raya merupakan kesempatan terbaik untuk kita mengeratkan tali silaturrahim dan persefahaman antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa. Demi memastikan sambutan Hari Raya ini terus dirayakan dalam suasana penuh kemeriahan dan kegembiraan. Kepada yang ingin pulang ke kampung halamam untuk berhari raya, berhati-hatilah di jalan raya Patuhilah peraturan jalan raya dan Ingatlah orang yang tersayang.

Akhir sekali, kami warga JKKK Tanjung Sedili dan Ajk Masjid Jamek Ar-Raudhah dengan seikhlas hati semurni kasih menyampaikan ucapan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada semua penduduk Tanjung Sedili dan rangkaian. Sekian.

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassaassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


1 comment:

Blog Archive

SENARAI BLOG

AKTIVITI JKKK TANJUNG SEDILI

JKKK TANJUNG SEDILI. Powered by Blogger.

Subscribe

E-USAHAWAN

https://www.mdec.my/eusahawan/eusahawan.html

Flickr