TANJUNG SEDILI 15. 4.2017 Seramai 250 orang yang terdiri dari pelajar dan kakitangan Kolej Jururawat Masyarakat Kluang bersama kelab pencinta Alam Sekitar dan penduduk Tanjung Sedili telah mengadakan aktiviti bergotong royong membersihkan Pantai Telok Mahkota dan Pantai Manis. Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan warga Jururawat dengan Komuniti Kampung Tanjung Sedili disamping membantu masyarakat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar. Aktiviti yang melibatkan pembersihan sekitar pantai dan kawasan pokok ru itu turut disertai oleh Pengarah Kolej Jururawat Masyarakat Kluang puan Norlian binti Ghazali bersama Pengerusi JKKK Tanjung Sedili Tn. Hj. Ibrahim bin Yahya. Majlis perasmian penutup telah diadakan di Pantai Manis yang turut di hadiri oleh Pengurus Besar KEJORA En. Norazman bin Othman.
























Semoga usaha murni ini dapat diteruskan ...
ReplyDeletesemoga usaha yang murni ini dapat diteruskan
ReplyDeleteInsyaallah ...kami akan berusaha untuk meneruskan usaha murni ini...
Delete